Wednesday, 19 September 2012

Kempen Kesedaran Belilah Produk Buatan Malaysia Terutama Industri Kecil Utama

Di era globalisasi kini, Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dengan pesat. Dalam pembangunan ini, terdapat beberapa aspek juga sedang meningkat dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Untuk membuat sesebuah negara itu maju ialah dengan cara meningkatkan ekonomi negara tersebut dengan membeli produk buatan negaranya sendiri.

Teradapat banyak produk yang dihasilkan oleh Malaysia tetapi mereka lebih cenderung untuk membeli barangan import. Hal ini kerana mereka befikir produk tempatan tidak mempunyai kualiti yang baik. selain itu  , mereka tidak memikirkan wang mereka yang telah disedekahkan kepada negara yang mengeluarkan produk import tersebut. Oleh itu kempen kesedaran belilah produk buatan malaysia terutama industri kecil  dan sederhana. Kempen ini perlu dibuat supaya dapat menyedarkan masyarakat setempat untuk membeli dan menghargai barang buatan negara sendiri.

Selain dapat menikmati produk tempatan, kita juga telah menguntungkan pengusaha tempatan. Jadi, kita hendaklah bersama-sama berganding bahu menjaya kan kempen ini. Pertama ialah dengan datang ke karnival belilah barangan buatan Malaysia. Dari situ, kita boleh mengenal bagaimana produk itu dihasilkan dan darimana produk itu berasal. Kedua ialah dengan media massa iaitu mereka perlu memainkan peranan yang kuat seperti memperluaskan serta meningkatkan pengiklanan tentang belilah produk buatan Malaysia. Ketiga ialah dengan ajensi kerajaan. Kerajaan hendaklah menyekat dan mengurangkan kadar pengimportan barangan luar serta meluaskan lagi kadar pengusahaan industri kecil di Malaysia.

Kesimpulan, kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. Dalam pembangunan pesat ekonomi sekarang, keperluan dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan perindustrian dan perdagangan di samping memenuhi hasrat dan objektif pembangunan negara serta merealisasikan wawasan 2020 juga telah menjadi satu kesedaran umum.

Penubuhan satu kementerian baru dalam kabinet kerajaan Malaysia selepas pilihanraya 1995, iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan telah membayangkan kesedaran dan keperluan ini. Selaras dengan itu juga, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini ialah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS.

Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian 2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan bermakna







No comments:

Post a Comment